gedikkk tul dak ni kan

gedikkk tul dak ni kan
bila cik ctiey dh mula gedikkk kikiki

SENYUM PAGI..


Hari ini aku inginkan pendapat korang mengenai….. jeng jeng jeng… kepercayaan.. Bukan kepercayaan kepada Negara , Raja, teman lelaki/wanita , atau kepercayaan kepada suami.. Tapi kepercayaan orang dahulu…
Tak dinafikan dulu aku juga tergolong dalam komuniti  tersebut, terlalu obses tentang erm kepercayaan dulu2 ni
Semuanya kerana diwaktu kecil telah didik/diberikan asuhan bahawa..
1.    JANGAN DUDUK DI ATAS BANTAL , NANTI AKAN NAIK BISUL DI PUNGGUNG.
2.    ORANG PEREMPUAN JANGAN MENYANYI DI DAPUR NANTI DAPAT SUAMI TUA.
3.    MAKAN PISANG KEMBAR NANTI DAPAT ANAK KEMBAR
4.    BILA MAKAN  PINGGAN TAK BOLEH LETAK ATAS RIBA NANTI SUAMI DIAMBIL ORANG.
5.    MAKAN BERTINDIH PINGGAN NANTI KAWIN 2/ BERMADU
6.    MAKAN DALAM PINGGANG SUMBING NANTI ANAK BIBIR  SUMBING
7.    TAK BOLEH MENYAPU NASI PADA WAKTU MALAM NANTI PENDEK REZEKI
8.    DILARANG MENGANGKAT KAKI KETIKA MENIARAP NANTI EMAK MATI
9.    TIDAK BOLEH BERUBAH TEMPAT MAKAN NANTI KAHWIN RAMAI.
10.  JANGAN DUDUK ATAS TANGGA NANTI TAK DE ORANG MASUK MINANG
11.  JANGAN INTAI ORG MANDI NANTI MATA KETUMBIR
12.  JANGAN MINTA BALIK BARANG YANG DAH KASI KAT ORG NANTI SIKU BURUK.
13.  IBU MENGADUNG TAK BOLEH MELINTAS BAWAH AMPAIAN NANTI ANAK GAGAP
14.  DILARANG BERSIUL DALAM RUMAH NANTI ULAR MASUK
15.  SISA MAKANAN ANAK TAK BOLEH DIMAKAN IBU ,NANTI ANAK MELAWAN CAKAP
16.  KALAU MAKAN NASI KENA HABISKAN KALAU TIDAK NASI MENANGIS.


             Banyak lagi kepercayaan 2 yang lain , ini adalah sebahagian yang aku tahu. Contoh bila pakwe/makwe hadiahkan baju , jam , minyak wanggi atau sebagainya yang dipakai di badan aper kepercayaan yang mengatakan bila bagi barang seperti baju hubungan tidak akan kekal lama.
            Ramai beranggapan bahawa orang tua ini banyak pantang larangnya, buat ini tidak boleh dan buat itu tidak boleh. Senang cerita, orang tua kita ini cerewet. Namun, segala pantang larang yang mereka turunkan kepada kita sebenarnya dapat membentuk peribadi yang baik.
Namun bila kita terlalu taksub/ percayakan semua itu, semuanya dh masuk dlm kepercayaan khurafat. Mempercayai perkara2 karut. Cukup lah kita faham yang kepercayaan dulu2 itu adalah sekadar mengelakkan kita buat perkara yang dianggap tidak elok /manis itu.
ERM... korang ada agama, akal, ilmu.. tentu boleh berfikir dengan waras kan... hehehhehe





No comments:

Post a Comment