gedikkk tul dak ni kan

gedikkk tul dak ni kan
bila cik ctiey dh mula gedikkk kikiki

Ayah Oh AYaH

Hari bapa telah pun berlalu… al hamdulillah aku dapat menumpang kasih seorang ayah dengan insan yang cukup penyayang  n bertanggungjawab... Beliau ialah Moh Zin Bin Shamrin. Walau baru 2 tahun aku mengenalinya keperibadianya sebagai seorang ketua keluarga amat aku kagumi.. aku bertuah di saat ini aku masih sempat mendapat kasih sayang seorang ayah dan ibu yang amat aku impikan selama ini..
Sudah lama arwah toki yang aku anggap seperti ayah sendiri malahan aku juga memanggilnya dengan panggilan ayah. Pemergian arwah teramat aku terasa kehilangan sesuatu yang cukup berharga lam hidup ni. Sejak lahir lagi aku telah diberitahu yang ayah aku sudah meninggal. Arwah toki la tempat aku menumpang kasih dan bermanja. Arwah terlalu manjakan aku sampaikan nak hantar aku pegi Taski dulu pun dia rending aku kat belakang badanya.. bertapa manjanya aku saat itu. Arwah seorang yang cukup rajin tak pernah duduk diam.. ader je yang dibuatnya menyapu kawasan umah menyapu kawasan surau , pernah arwah buat meja daripada pokok nangka depan umah aku, rumah , kerusi semua arwah buat sendiri. Sikap pemurah arwah insyaAllah akan aku ikuti,, bayangkan bulan ramadhan arwah masak macam-macam untuk hantar ke surau. Apa sahaja yang anak2nya beli pasti akan disedekahkan . pernah aku demam arwah sampai tak tido kerana nak jaga aku. Begitu penyanyangnya arwah ayah. Arwah ayah amat meminati sukan bola sepak agaknya tu la penyebab utama aku pun minat bola sepak.aku lah peneman arwah setiap ada perlawanan bola sepak. Semoga arwah dicucuri rahmat dan dtempatkan bersama2 org yang beriman. Amin.
Erm…. Ayah kandung??? Ermm korang pun terkejut kan , usia aku menjangkau 13 tahun baru aku tahu yang aku masih mempunyai ayah dan ibu kandung. Masa mula-mula dapat tahu aku memang tak dapat terima kenyataan…….
Malah masa ayah kandung aku meninggal pada tahun 2003 kot aku tak pegi. Masa tu aku rasa arwah ayah kandung aku lah pun hidup aku tak sempurna dan emosi aku tak stabil.
Tapi kini aku dah terima kenyataan … walau sejahat mana pun ayah kandung aku.. tanpa dia aku takkan lahir ke dunia ni.. walau aku tak pernah sekali mengenali wajah arwah tp jauh disudut hati ini suatu hr nanti aku dapat menatap gambar arwah.aku sebagai anaknya akan sentiasa berdoa agar arwah diampunkan segala dosa-dosanya. Amin.

No comments:

Post a Comment