Baju kurung…..
Aku selesa memakaimu…
Baju kurungku…
Aku bangga memiliki mu….
Walau ada yang mengatakan aku si budak kampong
Yang tidak pandai berfesyen…
Itu tidak mengapa………….
Kerana ….
Aku tetap menyanjungimu….
Wahai baju kurungku…
Pelbagai corak , warna , & fabrik
Telah aku milikki…
Walau kini ader sebahagiannya
Tidak mampu aku memakainya lagi..
Namun akan aku simpan elok-elok di dalam almariku…
Mudah-mudahan satu hari nanti aku dapat
Memakainya kembali….
Baju kurungku…
Usah kau risau dengan fesyen-fesyen terkini
Kerana aku pasti kau akan tetap menjadi
Pilihan kaum wanita sampai bila-bila.
Aku pasti bulan Ramadhan bakal tiba nanti
Kau pasti akan menjadi pilihan si gadis manis
Untuk tampil ayu & sopan bila memakaimu…
Dan aku yakin Hari Raya nanti kau pasti menjadi pilihan
Utama kaum wanita tidak kira tua & muda , kecik @ besar..
Akan mengayakan mu di pagi raya…
Baju kurungku….
Kau akan tetap jadi
Pilihan utamaku…….

No comments:
Post a Comment