MaaF…. Aku sendiri tak tahu mengapa ..diri ini sukar untuk ucapkan perkataan itu.. Seseorang menasihatkan aku katanya… kita salah atau tidak ucap je lah maaf..tak perlu terlalu ego!! Ego ke aku?? Memang aku keras kepala.. kalau aku yakin yang aku tak bersalah.. aku takkan mintak maaf.. berbeza dengan org tu… yang terlalu acap kali ungkapkan maaf tak kira dia buat salah atau tak… kadang2 aku rasa jemu lak dengan ucapan yang keluar dr mulut dia tu…
Memang ade benarnya katamu itu… aku tak dapat nak nafikannya… yang jika kita ucapkan maaf semua masalah boleh berakhir dan tidak berpanjangan lagi…
Tapi bagi aku… nilai “maaf” itu begitu tinggi sekali… jika selalu diungkapkan… dimana nilainya……..
“maaf” itu bagi aku satu perkataan yang lahir dari dalam hati yang cukup sifatnya… maaf itu lahir dari hati sanubari yang tulus ikhlas… cukup syahdu…
Jangan lah kau pertikaikan kenapa aku sukar mengucapkan maaf …. Aku bukan lah seorang insane ya ego mahupun sombong.. aku Cuma berpegang kepada prisip hidup aku berani kerana benar takut kerana salah dan tak kan aku ucapkan maaf itu andai bukan salahku….
Aku terima saja anggapanmu terhadapku.. kerana aku bukan lah seperti mu yang selalu ungkapkan maaf.. dan akan selalu ungkapkan maaf lagi atas kesalahan yang sama berulang2 kali…. Tanpa rasa kekesalan yang teramat kerana sebelum ini sudah mengungkapkan maaf tetapi hari ini mengulanginya lagi…
Sebelum ungkapkan maaf itu ,… renung lah kenapa ucapkan maaf? Adakah kerana tidak mahu bertengkar ?? atau menyesali diatas perbuatan itu?? Jika sekadar tidak mahu bertengkar percayalah besok atau lusa kau mungkin akan ulangi kesilapan yang serupa.. tetapi jika ucapan maaf itu kau lafazkan kerana mengaku buat salah dan menyesal aku percaya InshaAllah.. esok lusa bila kau ingin lakukan kesilapan yang sama kau akan berfikir berulang kali dan tak akan mengulanginya lagi…
Aku hormati dirimu andai ucapan maafmu itu menunjukkan kau seorang insan yang baik hati dan bukan yang ego seperti aku..
Namun aku percaya “kemarahan yang tidak terkawal umpama api yang akan membakar ketenangan diri, manakala kemaafan adalah “syurga” yang member keharmonian & penguasaan untuk menghadapi kerenah kehidupan”.

No comments:
Post a Comment