Korang pernah tak merasa cm ne jd anak angkat atau lebih senang anak punggut.. itulah saat yang terlalu sukar aku lalui dalam hidup ni..
Kehidupan kanak2 aku tak seindah hidup kanak2 yang lain . mungkin aku dipenuhi dengan kemewahan .. tp perasaan aku tersiksa… aku tak punya kasih sayang seorang ayah dan ibu.. aku tak leh mengaku kat mereka bila ada masalah..
Tp yang paling aku rase sedih gile time tu bila pakcik aku selalu kutuk2 aku budak busuk.. duduk jauh2. Dah la anak org buang menyusahkan org je… entah apa lah yang jahat sgt aku ni sampai begitu benci dia kat aku.. pernah aku kena ketuk dikepala dengan batang kayu yang sebesar betis hingga berdarah kepala aku kerana aku keluar main bola ptg tu..
Jiwa aku begitu tersiksa bila apa je yang aku buat kat umah org mengingatkan tentang status aku sebagai anak punggut. Aku mula berubah jd budak yang pendiam… ponteng sekolah.. aku rasa apa je yang aku lakukan menyusahkan semua org..
Pernah sekali terkeluar dimulut umi yang dia menyesal jaga aku.. aku memang tak leh terima dan keluar dr rumah tu.. kalau tak kerana tokki aku yang pujuk suh balik.. aku tak kan balik..
Macam lah aku yang tentukan nasib aku untuk jd anak punggut ni.. kalau la masa kecik tu aku disuruh buat pilihan aku tak kan pilih untuk hidup sebagai bebanan org….
Apa yang aku nak cakap kat sini pak cik aku tu yang selalu mengutuk aku dan pukul aku tu,, dia ditakdirkan tak dapt anak.. dan akhirnya terpaksa mengambil anak angkat…. Erm… apa nak kata kan………….
Tp aku tak berdendam pun .. Cuma aku tak leh menipu diri sendiri yang aku leh lupakan semua kisah hidupku masa dulu….
Malah kalau dulu aku berdendam ngan keluarga kandungku kini aku dah leh terima suratan hidup ini…
Janganlah kita menghina seseorang hanya kerana hidupnya yang kurang sempurna…
o "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
o motivasi:
“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


No comments:
Post a Comment