Perlawanan Peringkat Kelayakan Piala Dunia 2014.
MAS VS CHINA TAIPEI ( TAIWAN)
Korang minat bola tak??? Kalau minat meh teman aku tgk bola meh … MAS VS TAIWAN bro…. MAS turun ngan jersey biru + putih , TPE jersey putih. Apek goal keeper MAS tak diturunkan mlm ni coz bahunya masih tercedera.. Anyway goal keeper Sharbanee Allwee Ramli pasti tak kan menghampakan penyokong Malaysia…Safiq Rahim jersey no 8 ditugaskan memikul tugas sebgai kepten MAS. Yang paling menjadi sebutan pemain yang memakai baju no 10 Safee Sali. Pada minit pertama TPE mula melancarkan serangan.. kelihatan pertahan Mas agak longgor memudahkan TPE memasuki kawasan MAS. Namun MAS mula garang melancarkan serangan balas yang bertubi tubi.. paling cantik cubaan no 7 Aidil Zakuan dengan teknik guntingan yg hampir menjaingkan gol…. Pemain TPE Chang Hang agak berbahaya dan patut dikawal dengan ketat… Hadi Yahya dibawa masak mengantikan Helmi pada minit ke 27.. GOOOOOLLLLLLLLLLLLLLL… GoLLLLLLLLLLLLLLLL……………… YE$$$$$$........ Percaturan Datuk Rajagopal harus diberi pujian. Safiq Rahim. TERBAIK… broooooooooooo…
Tengok bola punya pasal sampai air nescefee sejuk dah.. huhuhu wo… wo.. cubaan dr pemain Baddrol Bakhtiar Ramli cantik tu.. terpaku aku dibuatnya… sekali lagi MAS mengatur serangan melalui pemain no 7 Aidil Zakuan .. malam ni Aidil agak terserlah kerana bijak merebut peluang.. Good Job Aidil.
Biasa aku tgk bola ngan my bucuk tp malam ni tak dapat.. tp my bucuk baru call kejap yang dia ada kat restoran ngah tgk bola kat screen besar ngan kawan lama n sepupu dia.. teringat lak tempohari time TRG VS KEL bg merebut PIALA FA . time tu aku tgk bola umah family my bucuk fuhh gamat kat taman perumahan tu bising ngan suara kitaorg je.. nak ..nak my bucuk asyik menjerit je bila pemain tak dpt menjaringkan gol… hahhaha yang kelakarnya ibu yg mulanya sokong Kelantan tetiba je fanatic Terengganu hahhahaha… aku tak yah cakap la fanatic gile siap pakai baju PETEH GANU PETEH lagi.. hehehehhe semangat beb!! Kalau time kat kg dulu aku Ella n Shida mesti dh sibuk kuar tgk kat screen besar Batu Buruk ni hehehe.. TRG Berjaya bawa balik piala FA tu… hahhaha DAUD SU wira TRG y menjaringkan gol sendiri.. tp aku bangga ngan team TRG yang tak mudah menyerah kalah walau time tu stadium dipenuhi penyokong KEL je…
Korang dengar tak yg gosip2 mengatakan team MAS kalau pakai jersey biru baru ader ONGG.. kalau jersey kuning dulu asyik kalah je.. hahhaha.. kelakar pulak bila dgr.. tp aku dah beli jersey traning team MAS color biru my bucuk warna kuning putih ingat pas ni nk beli jersey y pempuan punya la plak y lengan panjang tu cam cun je tgk awek2 pakai.
Tamat sudah separuh masa pertama.. aku nak gi basuh baju dan goreng nasi la jap… korang pun pegi la toilet dulu ke buat air dulu ke ….
Alamak termiss skit bola separuh masa ke 2 dah start la… huhuhu baju dah basuh.. nasi goring pun dah siappppppp……… jemput2 makan…… oh ye aku nk kongsi resipi nasi goreng aku ni.. sedap dor… senang giler.. ketuk bawang putih 1 ulas.. panaskan minyak sikit je tau.. tak mo berminyak sgt.. campak je sedikit ikan bilis.. goreng then masukkan bawang putih y telah diketuk td… pastu leh lah masukan secawan nasi.. goreng2 sambil2 leh potong cili padi.. masukan cili padi y dh dipotoong.. kalau ader sayur leh lah join kan dia skali ngan cili padi td.. masukan garam n sikit aji atau nk sedap masukan secubit rasa.. haaa ni bahan yang paling cun tau.. masuk kan sedikit budu………. Aper lak memain… seriussss tahap gaban ni… aku taruk sikit budu lam nasi goreng aku… sedap dor try lah…. Hahahha my bucuk memang tak makang budu.. busuk lah konon2.. hahhaha dia tak tahu yang nasi goreng aku buat untuk dia hari tu aku letak budu.. siap menambah lagi hahhaha… eh korang jgn cite kat dia lak… hahahhaa….
Ambikkkkkkkkkkkk kau minit ke 54 tandukan Aidil Zakuan memecahkan jaringan ke 2 MAS……… YEAAAAAAAAAAAA GOLLLLL lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…….. sorakan penyokong kat stadium tak yah cakap lah happening giler………….. Aidil Zakuan TerBaikkkkkkkkkkkk Brooooooooooooooooo…………….. tapi sayang dlm kelekaan pemain MAS menambah bilangan gol.. pemain TPE melancarkan serangan dan akhirnya telah berjaya menewaskan gol keeper Sharbanee Allwee Ramli…. Keputusan penuh MAS =2 TPE=1.
Semoga Ahad nanti team MAS dapat mengalahkan TPE sekali lagi Amin………… TAHNIAH MAS………………………

No comments:
Post a Comment